|
.
DI UPM
Jerebu datang lagi.
Tidak disangkal, ia pencemaran merentasi sempadan.
Eloklah kiranya hujan turun di UPM sebagai langkah untuk mengurangkan kandungan jerebu di kawasan UPM.
Namun, apa lagi yang berlaku jika hujan turun di UPM?
Pemerhatian oleh Mata-mata JAMIS UPM sepanjang minggu kuliah ke 13 pada Semester 2006-2007 ini mendapati, terdapat beberapa kawasan pejalan kaki yang berisiko untuk digunakan oleh para mahasiswa. Contohnya, laluan denai kecil di perhentian bas (berhadapan Panggung Percubaan).
Denai ini sangatlah kecil, dan di sebelahnya, terdapat longkang yang curam kira-kira 45 darjah kecuramannya. Denai ini digunakan oleh para mahasiswa, malah kenderaan bermotor juga melalui jalan ini. Amat berbahaya jika warga UPM menggunakan laluan ini ketika hujan, kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang akibat licin.
Faktor jerebu adalah sebabnya mengapa warga UPM suka jika hujan turun pada waktu ini. Namun ia memberi kesan lain yang tida kurang bahayanya kepada warga UPM sendiri. Mahasiswa dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui denai ini.
Tiada apa yang boleh pihak JAMIS UPM lakukan melainkan semoga mahasiswa semua selamat pergi dan balik ke kuliah. Wassalam.
|
<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM